Skuad Hoki Negara Terpaksa Berpuas Hati Ditempat Kedua
Hasrat skuad hoki negara untuk mencipta kejutan sekaligus menjulang Piala Asia buat kali pertama tidak kesampaian selepas tewas kepada Korea Selatan.
Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta itu berakhir dengan keputusan Malaysia 1-2 Korea Selatan.
Untuk rekod, ini kejuaraan kelima buat Korea Selatan selepas pernah memenanginya pada 1994, 1999, 2009 dan 2013.
Bagi skuad hoki negara pula, kekecewaan pada 2017 masih belum terubat lagi selepas tewas kepada India pada ketika itu. Sudah pasti skuad negara akan lebih bersemangat pada edisi akan datang bagi mengubati kekecewaan yang dialami.