Tamat Kontrak Kerana Minta Gaji Sebab Isteri Hendak Bersalin
Itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh bekas penjaga gol Kelantan FC, Amin Faisal Mohd Saidi yang menceritakan situasi apa yang dihadapainya.
Kontrak yang berbaki setahun lagi ditamatkan gara-gara menuntut hak yang sepatutnya dilunaskan oleh seorang majikan iaitu membayar gaji.
Gaji yang diharapkan untuk berbelanjaan isteri hendak bersalin tidak dapat dan ditamatkan kontrak tanpa sebarang perbincangan menambah pilu di hati Amin Faisal.
Difahamkan lagi bahwa pihak kelab masih tidka membayar potongan Kumpulan Kewangan Simpanan Pekerja (KWSP) sejak tahun lepas walaupun dalam slip gaji memaparkan pemotongan dilakukan.
Tambah Amin lagi, bonus RM20,000 yang dijanjikan oleh pemilik kelab kerana layak ke suku akhir Piala Malaysia 2022 hanyalah sekadar cakap kosong dan Sijil Emas yang dikatakan boleh ditebus hanyalah kertas kosong sahaja.
Sehingga kini pihak FAM masih belum mengambil apa-apa tindakan keatas kelab yang masih belum membayar gaji pemain.