Terbuka Australia 2023 : Berbaki Tiga Wakil Negara Meneruskan Cabaran
Dari ramai-ramai wakil negara yang beraksi dalam Badminton Terbuka Australia 2023, hanya tinggal tiga sahaja wakil yang akan beraksi diperingkat suku akhir esok.
Mereka adalah Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong dalam acara perseorangan serta Aaron Chia / Soh Wooi Yik dalam acara regu lelaki.
Dari awal lagi undian tidak memihak kepada pemain negara apabila Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong akan beraksi sesama sendiri diperingkat suku akhir bagi merebut tempat ke separuh akhir.
Manakala Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan menerima tentangan dari regu Taiwan iaitu, Lu Ching Yao / Yang Po Han.
Untuk rekod, Ng Tze Yong berjaya melangkah ke separuh akhir bagi edisi 2022. Aaron Chia / Soh Wooi Yik tidak beraksi tahun lepas.