Tidak Ambil Dos Penggalak? Status Vaksin Bertukar Tidak Lengkap. Antivac Tetap Senyum Kemana Sahaja

Terkini kerajaan menyatakan bahawa penerima dos lengkap vaksin Covid-19 jenis Sinovac yang berusia atas 18 tahun perlu mendapatkan dos penggalak selewatnya Februari 2022.
Menteri Kesihatan berkata bagi mereka yang berumur 60 tahun keatas, tetap kena ambil dos penggalak tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini.
Sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari 2022, status vaksinasi akan ditukar menjadi tidak lengkap
Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin Covid-19.
Pusat Pemberian Vaksin yang telah ditutup akan dibuka semula bagi mempercepatkan proses pemberian dos penggalak.
Kumpulan antivac dah round satu Malaysia ke tu?
Sumber : BHonline