Indonesia Kesan Kes Pertama Omicron. Gesa Rakyat Lebih Waspada
Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, seorang pertugas pembersihan pusat kuarantin di Wisma Atlet Jakarta Utara telah dijangkiti Covid-19 varian Omicron.
Malam tadi, kami mengesan seorang pesakit yang disahkan positif varian Omicron pada 15 Disember. –Budi Gunadi Sadiki (Menteri Kesihatan Indonesia).
Pesakit tersebut disahkan positif selepas ujian rutin Covid-19 untuk barisan hadapan pada 10 Disember dilakukan.
Tiga telah disahkan positif selepas ujian yang dilakukan namun hanya seorang sahaja yang dijangkiti varian tersebut. Oleh itu Kementerian Kesihatan Indonesia menggesa orang ramai terus berwaspada dan mematuhi peraturan protokol kesihatan.
Sumber : BHOnline